Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Khamis, 11 Februari 2010

Bahasa Isteri Yang Perlu Difahami Suami

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri. Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melengkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil peluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.


1. Waktu merajuk
 
    Sikap : Tiba-tiba tak mahu bercakap
    Maksudnya : Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
    Mengatasinya : Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
    Sikap : Tiba-tiba marahkan suami
    Maksudnya : Dia cemburu dengan tindakan suami
    Mengatasinya : Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

    Sikap : Tiba-tiba menangis
    Maksudnya : Dia sakit hati dengan tindakan suami
    Mengatasinya : Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

    Sikap : Tidak mahu memberi khidmat
    Maksudnya : Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
    Mengatasinya : Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih 
                            tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.


2. Waktu gembira

    Sikap : Dia sudah rajin masak
    Maksudnya : Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
    Mengatasinya : Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

    Sikap : Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
    Maksudnya : Dia puas hati dengan tindakan suami
    Mengatasinya : Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan maintain keadaan itu

    Sikap : Dia siap untuk tidur awal
    Maksudnya : Dia sudah akur dengan kehendak suami
    Mengatasinya : Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

    Sikap : Dia bercakap dengan nada manja
    Maksudnya : Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
   Mengatasinya : Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra


Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.


3. Waktu benci

    Sikap : Kehendak suami tidak dilayan
    Maksudnya : Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
    Mengatasinya : Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

    Sikap : Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
    Maksudnya : Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
    Mengatasinya : Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

   Sikap : Makan tidak selera
   Maksudnya : Dia mahu simpati daripada suaminya
   Mengatasinya : Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar
                           syariat


   Sikap : Tidur seorang diri
   Maksudnya : Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
   Mengatasinya : Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang


Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.


4. Waktu mengharap

    Sikap : Muka masam
    Maksudnya : Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
    Mengatasinya : Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

    Sikap : Meminta maaf sambil menangis
    Maksudnya : Dia benar-benar insaf
    Mengatasinya : Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak
                            Islam dan apa yang anda mahu


    Sikap : Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
    Maksudnya : Dia hendak meminta suami membelinya
    Mengatasinya : Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak


Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.